Cara-cara dan Pihak Yang Layak Mendapatkan Sebutharga

Terdapat dua (2) cara untuk membuat pembelian melalui tatacara perolehan;

  1. Pembelian Terus
  2. Pembelian melalui pembekal

Agensi hendaklah memastikan syarikat yang mengambil bahagian samada melalui perolehan perkakasan/pembangunan sistem aplikasi atau pembekalan perkakasan secara sewaan hendaklah mendapatkan sebutharga (quotation) perisian Microsoft daripada Prestariang Systems Sdn Bhd sebagai syarikat yang telah dilantik terlebih dahulu dan seterusnya mengemukakan sebutharga dan perisian tersebut bersama tawaran perkakasan/pembangunan sistem aplikasi masing-masing.

Sebutharga yang dikemukakan untuk perisian hendaklah mematuhi jadual harga yang telah ditetapkan melalui program MLA 3.0. Agensi hendaklah memasukkan di dalam klausa kontrak utama bagi kontraktor dinamakan (sub-kontraktor) dan Deed of Assignment untuk Prestariang bagi memudahkan pelaksanaan perkakasan/pembangunan sistem aplikasi di peringkat agensi masing-masing.

Pihak yang layak untuk mendapatkan sebutharga adalah:

  • Kementerian / Jabatan Kerajaan Malaysia
  • Agensi Sektor Awam
  • Badan Berkanun di bawah Kerajaan
  • Kerajaan Negeri
  • System Integrator melalui tender kerajaan seperti diatas.


Langkah 1. MOHON SEBUTHARGA

Agensi mohon sebutharga melalui [email protected] atau hubungi 03 8314 8455 Sebutharga akan dikemukakan dalam tempoh 3 hari.


Langkah 2. HANTAR SST/LOA

Setelah proses perolehan dilaksanakan, agensi perlu menghantar SST/LOA kepada Prestariang untuk pakej perjanjian perolehan disediakan


Langkah 3. TANDATANGAN PERJANJIAN

Agensi menandatangani perjanjian perolehan elektronik dan perisian akan diaktifkan di dalam system Microsoft.


Langkah 4. TERIMA LESEN MICROSOFT

Lesen Microsoft sedia untuk digunakan oleh agensi dalam tempoh 3 hari selepas pengaktifan disusuli dengan penghantaran perisian manual dan invois dalam 14 hari


*Setelah selesai tatacara perolehan, agensi akan menerima ID access untuk ke portal VLSC (hanya untuk pembelian pertama) beserta Paper License