1.     Apakah MLA 2.0?
MLA 2.0 adalah kontrak perlesenan Microsoft berpusat di semua kementerian dan agensi sektor awam, termasuklah kerajaan negeri.
2.     Bagaimanakah saya boleh mendapatkan sebutharga MLA2.0 bagi agensi saya?
Tuan/Puan boleh mendapatkan sebutharga MLA 2.0 dengan menghubungi syarikat Prestariang di talian 03-83148455/8470/8453 atau email [email protected]

Prestariang Systems Sdn Bhd menyediakan senarai harga setiap produk Microsoft berdasarkan program perlesenan yang bersesuaian dengan keperluan setiap agensi kerajaan, badan berkanun dan kerajaan negeri. Anda boleh melayari laman web MLA 2.0.

Diantara program dan perkhidmatan yang terdapat di dalam MLA 2.0 adalah seperti berikut:

Jadual 1 - Merujuk kepada harga perlesenan baru termasuk Software Assurance dibawah                      program EAP and OVP (Hak Milik Kekal).

Jadual 2 - Merujuk kepada harga perlesenan baru termasuk Software Assurance dibawah                      program EAS dan OVS (Langganan Sewa).

Jadual 3   -   Merujuk kepada harga pembaharuan Software Assurance.

Jadual 4   -   Merujuk kepada harga penyelenggaraan (Premier Support).

Jadual 5   -   Merujuk kepada harga perkakasan Microsoft (Surface)

3.     Adakah agensi kami boleh mendapatkan sebutharga selain daripada Prestariang?
Prestariang Systems Sdn Bhd merupakan syarikat yang bertanggungjawab penuh di atas kontrak MLA 2.0 bagi membekalkan perisian Microsoft kepada semua pejabat kerajaan, bermula daripada Februari 2015 sehingga Januari 2018.
4.     Apakah perkhidmatan nilai tambah yang ditawarkan di dalam MLA 2.0?
MLA 2.0 Web Portal & Helpdesk, Sofware Asset Management Workshop, Tips & Tricks and CIO Conference, Competency Enhancement Program (CEP), Microsoft Services & Microsoft Devices
5.     Bagaimanakah saya boleh menyemak senarai harga setiap perisian Microsoft di bawah         MLA 2.0?
Harga setiap perisian Microsoft di bawah MLA 2.0 boleh layari di laman sesawang mla.prestariang.com.my
6.     Apakah itu Microsoft Software Assurance dan faedah yang ditawarkan di dalam MLA 2.0?
Software Assurance Benefits adalah salah satu tawaran di bawah program 'Volume Licensing' yang merangkumi komponen teknologi, perkhidmatan dan akan membantu anda untuk menggunakan, mengurus dan menggunakan produk Microsoft anda dengan lebih cekap. Manfaat Software Assurance ini adalah termasuk hak baru versi produk ('new version rights'), 'deployment planning', latihan teknikal dan juga latihan untuk pengguna.
7.     Adakan saya layak menggunakan sebutharga melalui MLA 2.0?
Anda layak sekiranya anda adalah:

  1. Kementerian / Jabatan Kerajaan Malaysia
  2. Agensi Sektor Awam
  3. Badan Berkanun di bawah Kerajaan
  4. Kerajaan Negeri
  5. System Integrator melalui tender kerajaan seperti diatas.

8.     Apakah proses yang diperlukan bagi mendapatkan sebutharga untuk MLA 2.0?
Proses yang diperlukan untuk mendapatkan sebutharga MLA 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Agensi Kerajaan

    Kementerian dan Agensi boleh mendapatkan harga terus melalui Prestariang Systems Sdn Bhd.
    [Pembekalan dan Perkhidmatan Microsoft: Pembaharuan Perlesenan / Pembelian Baru]


  2. System Integrator

    System Integrator boleh mendapatkan sebutharga melalui Prestariang Systems Sdn Bhd untuk tender yang memerlukan Pembekalan dan Perkhidmatan Microsoft dengan mengemukakan maklumat lengkap berkenaan sebutharga/tender ke emel rasmi MLA 2.0. System Integrator yang melalui proses sebutharga /tender akan diberikan sebutharga beserta Surat Kebenaran (LOA).


9.     Bagaimanakah tatacara menebus Competency Enhancement Program (CEP) yang         ditawarkan?
Di bawah Competency Enhancement Program (CEP), agensi/kementerian boleh menikmati penebusan anggaran 8% dari harga pembelian MLA 2.0 dan tertakluk kepada terma dan syarat yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu MOF.
10.   Bagaimana pihak kementerian dan agensi boleh membuat pembelian melalui program         MLA 2.0?
  1. Pembelian Terus
  2. Pembelian melalui pembekal

Agensi hendaklah memastikan syarikat yang mengambil bahagian samada melalui perolehan perkakasan/pembangunan sistem aplikasi atau pembekalan perkakasan secara sewaan hendaklah mendapatkan sebutharga (quotation) perisian Microsoft daripada Prestariang Systems Sdn Bhd sebagai syarikat yang telah dilantik terlebih dahulu dan seterusnya mengemukakan sebutharga dan perisian tersebut bersama tawaran perkakasan/pembangunan sistem aplikasi masing-masing.
Sebutharga yang dikemukakan untuk perisian hendaklah mematuhi jadual harga yang telah ditetapkan melalui program MLA 2.0. Agensi hendaklah memasukkan di dalam klausa kontrak utama bagi kontraktor dinamakan (sub-kontraktor) dan Deed of Assignment untuk Prestariang bagi memudahkan pelaksanaan perkakasan/pembangunan sistem aplikasi di peringkat agensi masing-masing.

11.   Adakah pembelian akan dikenakan cukai GST 6% melalui program MLA 2.0?
Kenaan Caj GST dalam Perolehan Perisian

  1. Perolehan Perkhidmatan

    Adalah dimaklumkan semua perolehan perkhidmatan akan dikenakan GST. Pembelian lesen perisian secara berasingan (software) dengan Prestariang Systems dikategorikan sebagai "perolehan perkhidmatan".

  2. Perolehan Bekalan

    Bagi pembelian pembekalan secara berasingan iaitu lesen perisian sahaja, caj GST akan dikenakan. Perolehan komputer bersama lesen perisian secara sekaligus (Surface & Perkakasan) adalah dikategorikan sebagai "perolehan bekalan" dan diberi pelepasan daripada kenaan GST. Pelepasan daripada kenaan GST hendaklah dibuat melalui pengeluaran Certificate of GST Relief (CoGSTR) oleh Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Jabatan. CoGSTR perlu disertakan bersama Pesanan Kerajaan/Surat Setuju Terima untuk diserahkan kepada Prestariang Systems (pembekal).

    *tidak tertakluk kepada semua Kerajaan Negeri/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan/Syarikat Kerajaan) serta System Integrators (SI).

***Sila rujuk 1PP (1 Pekeliling Perbendaharaan) Q & A No.85 di http://www.treasury.gov.my/pekeliling/Soalan_Lazim.pdf.

12.   Apakah program dan kelayakan perlesenan dibawah MLA 2.0?
  1. Enterprise Agreement (EA)

    Pembelian dalam jumlah berskala besar, iaitu 100 unit dan keatas.

  2. Open Value (OV)

    Pembelian dalam jumlah berskala kecil, iaitu 5 unit hingga 99 unit.

13.   Apakah perbezaan Hak Milik Kekal (Perpetual) dengan Langganan (Subscription)?
Terdapat dua kategori agreement Microsoft Volume Licensing di bawah program MLA 2.0.

  1. Hak Milik Kekal (Perpetual). Berdasarkan hak milik kekal, kementerian dan agensi boleh menikmati produk dan semua upgrade atau downgrade dari produk tersebut, sesuai dengan ketentuan yang ada. Untuk aplikasi, sistem, dan produk CLient Access License (CAL), walaupun jumlah komputer atau penggunanya terus bertambah, semua agensi boleh membuat penambahan mengikut pertambahan komputer dalam pesanan tahunan mereka. Pemilikan adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal) mengikut program yang ditawarkan iaitu:

    • Enterprise Agreement Perpetual (EAP)
    • Open Value Perpetual (OVP)

  2. Langganan (Subscription). Dengan program langganan, kementerian dan agensi boleh menikmati produk dan semua upgrade dan downgrade dari produk tersebut, sesuai dengan ketentuan yang ada. Untuk aplikasi, sistem,dan produk Client Access License (CAL), walaupun jumlah komputer atau penggunanya terus bertambah, semua agensi boleh membuat penambahan mengikut pertambahan komputer dalam pesanan tahunan mereka. Pemilikan adalah untuk tempoh sementara mengikut perjanjian (Sewa Beli) melalui program yang ditawarkan iaitu:

    • Enterprise Agreement Subscription (EAS)
    • Open Value Subscription (OVS)

14.   Apakah kelebihan membuat pembelian secara sewaan yang ditawarkan melalui MLA 2.0?
  • Harga lebih murah dibandingkan dengan pembelian hak kekal.
  • Menjimatkan kos keseluruhan pemilikan "save cost total ownership".
  • Mudah dari segi pengurusan penyelenggaraan. Tidak perlu untuk mengesan produk tertentu pada setiap komputer. Ianya mudah untuk menguruskan aset perisian dalam persekitaran yang tidak berpusat.
  • Agensi kerajaan hanya perlu membayar lesen semasa tempoh perjanjian.
  • Mendapat faedah yang sama seperti Enterprise Agreement Perpetual.
  • Perisian akan dilindungi sepanjang tempoh penyewaan.
  • Pembelian perisian secara langganan akan memperolehi versi terkini produk langganan.
15.   Bolehkah saya menurun taraf pembelian lesen versi yang sedia ada kepada edisi lain?
Tidak. Hak menurun taraf digunapakai untuk versi terkini kepada versi sebelumnya dan bukan menukar edisi dari pembelian lesen tersebut.

Contoh :
Dibenarkan : Agensi A telah membuat pembelian lesen untuk Office Standard versi 2013 dan                          ingin menukarkan kepada Office Standard versi 2010.

Tidak dibenarkan : Agensi A telah membuat pembelian lesen untuk Office Standard versi                           2013 dan ingin menukar kepada edisi lesen Office Professional Plus 2010/2013.
16.   Bolehkah saya menaiktaraf edisi yang terkini?
Boleh. Pengguna boleh menaiktaraf edisi dari "On Prem ke Cloud Offering" yang dikenali sebagai "Step Up". Contah: Agensi A telah membuat pembelian lesen untuk Office Profesional Plus dan ingin menaiktaraf kepada Office 365 Professional Plus.
17.   Apakah kelebihan Office 365?
  • Penjimatan kos teknologi maklumat dan pengurusan masa.
  • Meningkatkan produktiviti.
  • Mudah diakses dimana sahaja melalui internet dan boleh dikongsi sesama individu atau kumpulan.
  • Memudahkan muat naik dan muat turun data pada bila-bila masa.
  • Langgan adalah dalam talian.
  • Pengguna juga diberikan storan awam sebanyak 1 terabyte(TB) untuk menyimpan fail.
  • Menggunakan aplikasi Office 365 secara offline dan sekiranya ada talian internet, maka segala kerja yang telah dilakukan akan diselaraskan (synchronize) secara automatik.
18.   Bolehkah saya menggunakan aplikasi Office 365 untul 1 lesen kepada lebih dari 1         pengguna?
Tidak boleh. 1 lesen adalah kegunaan untuk satu pengguna. Dimana kelebihannya ialah seorang pengguna boleh mengakses aplikasi lesen ini kepada 5 hingga 15 perkakasan yang lain. Contoh : Agensi A telah menggunakan lesen untuk Office 365 dan setiap pengguna boleh mengakses aplikasi tersebut kepada komputer, komputer riba dan tablet di mana sahaja berada.
19.   Apakah VLSC dan Paper License?
Portal memudahkan pengelolaan lesen anda. Anda dapat:

  • Mengakses maklumat pembelian lesen anda di satu lokasi.
  • Melihat semua perjanjian atau pembelian dalam organisasi anda.
  • Mudah mengakses lesen yang menjelaskan semua hak berdasarkan produk dan versi
  • Melihat semua 'product key' muat turun produk perisian.

Paper License adalah bukti pembelian yang diperolehi oleh pengguna dimana ia mengandungi maklumat kontrak sesuatu pembelian.

Berikut adalah fungsi Paper License:-

  • Memastikan terdapat salinan simpanan pembelian untuk tujuan audit.
  • Memudahkan tujuan instalasi (terdapat maklumat nombor kunci produk).
20.   Berapa lama tempoh untuk mendapatkan sebutharga?
Tempoh untuk mendapatkan sebutharga adalah diantara 3 hingga 5 hari waktu bekerja. Namun bergantung kepada tarikh tutup tender yang dikeluarkan. Jika tarikh tutup tender adalah terlalu jauh, kami akan memberikan sebutharga dalam masa 7 hari sebelum tarikh tutup tender mengikut kepada pertukaran mata wang Ringgit Malaysia(RM). Ini adalah kerana tempoh sah laku yang dikeluarkan oleh MOF adalah sah selama 3 hari.
21.   Berapa lamakah tempoh sah laku quotation?

Tempoh sah laku quotation Prestariang Systems adalah tertakluk seperti di dalam Kontrak Pusat dan Pekeliling 1PP oleh Kementerian Kewangan (MoF) iaitu 3 hari. Walau bagaimanapun, semua agensi boleh merujuk harga perisian yang telah dipamerkan di dalam portal ini di dalam mata wang USD.

***Sila rujuk 1PP (1 Pekeliling Perbendaharaan) Lampiran 6 di http://www.treasury.gov.my/pekeliling/topik/PK2.pdf.

22.   Bagaimanakah saya boleh menghubungi pihak Prestariang Systems sekiranya saya         mempunyai sebarang pertanyaan?
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan harga untuk quotation dan system eP / inbois boleh dirujuk dengan menghubungi talian/emel seperti berikut :

  • Talian MLA 2.0 : 03 8314 8455/8470/8417 [Wakil Jualan-Inside Sales]
                                 03 8314 8453/8496/8479 [Wakil Perolehan-Sistem eP/inbois]
  • Melalui emel : [email protected] (quotation harga) / [email protected]
  • Melayari laman web MLA 2.0 mla.prestariang.com.my