Software Assurance Benefit Software Assurance Benefit (SAB) merupakan perkhidmatan nilai tambah yang ditawarkan oleh Microsoft kepada semua pengguna berlesen. Kemudahan ini hanya boleh dinikmati setelah pengguna mengaktifkan SAB di dalam sistem Microsoft. Terdapat enam perkhidmatan pokok di dalam SAB untuk dimanfaatkan oleh semua pelanggan lesen Microsoft seperti di bawah:

1. Perisian Terkini & Upgrade Percuma
Pelanggan diberikan kemudahan upgrade ke versi terkini dengan percuma

2. Perkhidmatan Bantuan 24x7
Microsoft menyediakan bantuan untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul yang mengganggu operasi anda. Ketahui tentang jenis bantuan yang disediakan untuk setiap program perolehan yang telah anda sertai.

3. Panduan
Perkhidmatan perancangan yang disediakan oleh Microsoft boleh dimanfaatkan oleh agensi kerajaan dalam merancang pelaburan ICT di jabatan.

4. Teknologi
Layak untuk mendapatkan Windows 8 Enterprise yang disediakan khas untuk kumpulan korporat dan perniagaan. Di samping itu, pelanggan boleh menikmati edisi baharu perisian melalui pembelian Step-Up Licenses. MDOP – Microsoft Desktop Optimization Pack juga boleh dilanggan sekiranya anda mengaktifkan program Teknologi di bawah SAB.

5. E-Pembelajaran & Baucer Kursus
Tebus baucer kursus untuk pengguna dan kakitangan teknikal bagi setiap program perolehan yang dibuat. Nikmati juga kemudahan e-pembelajaran yang disediakan bagi setiap program perolehan.

6. Lanjutan Hak Penggunaan
Anda boleh memaksimumkan pelaburan ICT anda dengan melanjutkan penggunaan lesen Microsoft di rumah melalui Home Use Program dan kemudahan penggunaan lesen Microsoft walau di mana anda berasa, Licensing Mobility, dengan menggunakan pusat data Microsoft.